Tuesday, May 15, 2012

Saya tidak mahu berterusan JAHIL


Baru-baru ini saya telah ke ceramah Ustaz Hakim, saya merasakan betapa jahilnya diri kerana tidak mengetahui sejarah, buta mata dan hati dengan sejarah Islam. Saya tau nama Sultan Muhammad Al-Fateh, malah kerap mendengar namanya berulang kali di bibir sahabat, guru dan buku-buku. Namun saya tidak mengetahui peristiwa beliau, tidak mengetahui secara terperinci tentang peribadi beliau dan sebagainya. Astaghfirullah.

Terlebih dahulu mari kita mengenali Sultan Muhammad Al-Fateh secara ringkas. NOTE.
Daripada ustaz Hakim, aku mengenali sedikit demi sedikit peribadi Sultan Muhammad Al-Fateh. Seawal usia, 19tahun, Sultan mula berdoa dan berazam untuk menjadi orang yang disebutkan oleh Nabi S.A.W untuk menakluk Kota Konstatinapel. Kita? Apa doa kita untuk Islam? Apa cita-cita kita untuk Islam?? :'(

Saya mula menyedari bahawa kita gagal berasa sedih dan sensitif dengan agama dan umat Islam yang lain kerana kita GAGAL mengenali Sejarah. Kita pekakkan telinga dengan seruan dakwah, kita butakan mata dengan tulisan dakwah dan sebagainya, sebab tulah hati kita mengatakan "nonsensenya budak nih buat puisi Palestin", "perlu ke tukar DP".. Memang! Ia bukan wajib, tapi bagiku jiwa yang sensitif turut merasai pejuangan sahabat-sahabat lain. Jiwa yang sensitif turut ada 'rasa' untuk mengepost video PERJUANGAN. Malahan jiwa yang sensitif terhadap agamanya tidak pernah gagal meniti doa di bibirnya. Semoga Allah panjangkan usia kami untuk mengenali ilmu-Mu yang luas di taman syurga, semoga Allah bersihkan hati kami yang penuh dengan kejahilan ini. aameen.

p/s: Saya sayang akan tanah air saya, MALAYSIA tetapi saya lebih sayang akan bumi yang bakal dipijak oleh Imam yang dinanti-nanti..


Doa Rasulullah selepas tahiyat akhir,
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksa neraka jahanam.
aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur.
aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah Dajjal yang pembohong.
aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah hidup dan fitnah mati.
aku berlindung kepada-Mu daripada banyaknya hutang dan dosa.
aku berlindung kepada-Mu daripada kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir.
aku berlindung kepada-Mu daripada kejelekan pendengaran, penglihatan dan hatiku.
aku berlindung kepada-Mu daripada dkembalikan kepada umur yang terlalu tua.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada mati dalam keadaan ingkar kepada agama-Mu..

*huruf A bagi perkataan aku sepatutnya ditulis dengan huruf besar, tetapi memikirkan diriku yang hina, aku merasakan tidak layak untuk itu :'(

Monday, May 14, 2012

Taman Syurga


SABTU (12hb Mei 2012)

7.15 a.m : Kelas Kecerdasan (Senamrobik)
12.00a.m* : Rehat
2.00p.m : Belajar Memandu
3.00p.m : Buat Sijil Majalah Dalam Kelas
4.00p.m : Ziarah jiran (Hafizah)
5.00p.m* : Buat RPH dan rubrik di rumah Zana
6.30p.m* : Siap sedia untuk Pengajaran Makro
8.00p.m : Pengajaran Makro di Taman Bernam
10.00p.m : Sambung siapkan sijil
11.30p.m : Syahid ^__^

AHAD (13HB Mei 2012)

10.00a.m : Kerja Rumah
11.00a.m : Jadi pelajar untuk pengajaran makro Ain dan Yan
1.00p.m : Teman Zana tanya air mineral untuk program Media
2.00p.m : Ceramah Ust Hakim, Hala Tuju Graduan Pendidikan
5.30p.m : Keluar majlis untuk berkejar ke program seterusnya
6.00p.m : Ceramah Syeikh Nuruddin
11.00p.m : Baru dapat jumpa nasik..laparrrr.!
12.00a.m : Sambung buat Sijil Media
12.45a.m : Syahid

***************************

Hehe. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri kan. ^__^
Tapi alhamdulilah, jiwa ini berasa tenang dengan kesibukan ini, jiwa ini berasa terisi dengan pekerjaan ini. Semoga ia menjadi ibadah. Tapi keutamaan harus diberikan kepada yang telah diamanahkan kepada kita, iaitu menghadiri kelas. Bak kata Siti Saufu,
Kelas = Majlis Ilmu = Taman Syurga

Hadis Riwayat At Tabrani,
"Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya, Apakah dia taman-taman syurga tersebut? Rasulullah berkata, Majlis-majlis ilmu."

Pengalaman, mulanya aku berasa kekok dengan kehadiran ke majlis-majlis ilmu berseorangan, tapi alhamdulilah, kukuatkan langkah untuk menuju ke taman syurga tersebut. Ternyata, aku bukan keseorangan, kerana di sana, aku telah bertemu dengan bidadari dunia. Alhamdulilah. Aku teringat akan kata-kata seorang Mukmin, dia berkata mengapa kita malu untuk makan di kedai seorang diri, tapi kita tak berasa malu untuk solat seorang diri. Begitu jua kutafsirkan ayat itu dari sudut ke kuliah agama. Sesungguhnya aku tidak keseorangan ... ^__^


Sunday, May 6, 2012

Tatkala Hidayah mengetuk


Beberapa entri yang lepas, aku ada bercerita berkenaan sahabat baikku, Eyda Rafik. Kali ini aku mahu bercerita lagi akan dirinya. Tujuannya hanyalah untuk menyedarkan kita yang lalai dan juga mengingatkan diri kita agar berusaha mencari hidayah-Nya. Dalam masa yang sama, niatku lilahitaala, bukan untuk membuka aib saudara. Insyaallah. Doakan kami yang lalai agar bersama-sama mencari reda Ilahi sekali gus menjadi 'bidadari'. Amin.

*************

Hari itu, Eyda berbual-bual denganku. Dia suruh aku merahsiakan daripada sahabat-sahabat yang lain, namun beberapa hari yang lalu aku telah mengetahui bahawa sahabat-sahabat yang lain mengetahui hal tersebut daripada mulutnya sendiri. Alhamdulilah. Sekali lagi, aku mengharapkan agar sahabat-sahabat yang membaca entri ini mendoakan kami terus istiqamah dengan perubahan ini. Amin2 ya rabbal alamin =)

"Suatu hari, aku merasakan badanku sangat panas. Kemudian, aku membuka beberapa video berkenaan zikir-zikir. Hatiku menjadi bertambah hiba dan sedih tatkala aku membuka almari, kuperhatikan bahawa aku tidak mempunyai pakaian sepertimu, z. Aku sedih sangattttt :'( Baru aku tahu perasaan Diana Amir yang mula berhijrah itu"
-Eyda-

************
Masa kelas Sosiolinguistik hari tu, aku memicit-micit lengan Eyda, dan aku merasakan sesuatu, iaitu handsock. Aku terkejut kerana dia memakai handsock tapi aku buat tak tau saja. =) Alhamdulilah.

Semalam pula, aku ada diskusi dengan Sakinah dan Eyda. Lagi membuatkan aku terkejut apabila melihat beliau memakai stokin, dia memakai kasut kerana dia tidak mempunyai selipar yang boleh sauk gitu jer =)) Alhamdulilah...alhamdulilah..alhamdulilah...

Selepas itu, kami ke rumah Sakinah untuk berbincang. Kemudian, sewaktu ingin membetulkan tudungku, Eyda melihatku.

''Eyh, kurusnya ko, z"
"Yeah! Aku memang kurus" HAHA *bangga giler
Kemudian, laju2 Eyda kata,
"Eyh, silap, aku nak kate gemuknya ko, z"
"Huh! Jeleslah tuh!"
Aku pun memusing-musing badanku di hadapannya.
" Z, aku nak lah baju ko nih"
"Ye ke? Amik la"
"Hehe, gurau jelah"

*********

Subhanallah, tak sangkakan.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami."

~I43 Lilahitaala, Eyda~

::Sahabat yang dikasihi kerana Allah, doakan kami istiqamah atas penghijrahan ini.

Friday, May 4, 2012

SMS kami ialah DOA


Pada suatu hari, saya telah menaiki bas seperti biasa untuk pulang ke rumah. Semasa di dalam bas, saya telah bertemu dengan seorang rakan lelaki. Beliau bertanyakan perihal tugasan. Tidak lama kemudian, beliau memulakan bicara untuk berbual-bual dengan saya.

Dia : Zafirah macam mana dengan tunang?

Aku : Okei je.

Dia : Bila kali terakhir Zafirah jumpa dengan dia?

Aku : Ntah la. Lupa.

Dia : Tak SMS ke? Call ke?

Aku : Tak.

Dia : Dia pun tak mesej Zafirah ke?

Aku : Tak.

Dia : Ntah-ntah dia tak suka kat Zafirah.
Zafirah mesejlah, tanya khabar, sihat ke tak, tengah buat apa.

Aku : Malas. =)

sebelum diijabkabulkan,
syariat tetap membataskan,
pelajari ilmu rumah tangga,
agar kita lebih bersedia,
untuk bertemu di hari yang bahagia...
kautahu kumerinduimu,
kautahu kumencintaimu,
Oh Kasih,
Bersabarlah..kerana saat indah akan menjelma jua..
(*chewahhh karaoke gitu!)

"Tak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati, tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah berbalas-balas doa..."

::Doakan kami menjadi suri rumah. Opss! Silap! Doakan kami dicemburui bidadari :)
Assalamualaikum.



Thursday, May 3, 2012

saya tau saya takcantik


"Buat apa pakai niqab, awak bukan cantik sangat pun"

"Eleh, hipokrit!"

~Aku terkedu~
*************

Ya! Saya tau saya masih lagi belum menjadi muslimah yang baik. Saya juga masih banyak kelemahan dan kekurangan, juga seorang yang bersosial, berkawan dengan lelaki tetapi saya masih tau batasan berkawan. Insyaallah.

Saya niatkan berpakai niqab untuk tujuan menjaga diri dan adab. Tambahan lagi, ketika berada di tempat orang ramai dan sesak itu. Saya masih ingat ketika di PWTC hari tu, ada seorang lelaki berada di belakang saya ketika saya sedang memilih komik gempakstarz. Tiba-tiba ada seorang wanita telah merempuh hingga menyebabkan saya hampir jatuh terduduk. Tapi alhamdulilah kerana lelaki yang berada di belakang saya menjaga jaraknya malah dia turut terkejut dan meminta maaf walhal bukan salah beliau. Segala puji bagi Allah :)

Ketika di Rawang pula, hujan sangat lebat, saya dan Eyda berlari ke tempat yang teduh sewaktu kami diarahkan untuk menukar tren. Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya terpercikkan air kepada sekumpulan lelaki. Saya melihat lelaki tersebut dan mengangkat tangan sebagai tanda maaf. Kemudian kami berada di dalam tren dan sekumpulan lelaki itu duduk bertentangan dengan kami. Mereka sempat bergurau dengan mengatakan saya telah membasahkan pakaian mereka, pakaian itu akan dipakai ke kuliah esok dan bla..bla..bla.. Saya pun membalas, "Yelah..yelah.. Amiklah duit syilling nih satu sorang". Eyda kemudiannya merapati badannya denganku sambil berkata, "Z, dia bukan dengar pun apa kaucakap". Aku terlupa bahawa aku telah berniqab dan ia menyebabkan suaraku menjadi kurang didengari. Alhamdulilah. Allah sedang menjagaku agar gurauan tersebut tidak berlarutan. Terima kasih Allah!!

Wednesday, May 2, 2012

Otot Bekerja pada 1 Mei

Semalam adalah hari cuti umum, iaitu Hari Pekerja. Dan pada tarikh itu juga, aku bersama rakan-rakan telah ke Pesta Buku Antarabangsa untuk menjamu mata dan menghidu haruman buku-buku yang segar dari ladang ;)
Hmm. Aku agak ini mungkin entri yang agak panjang. Aku mulakan entri ini dengan permulaan otot-otot bekerja sehinggalah ia berehat ya! Pada pagi tersebut, aku kelam-kabut menyiapkan diri kerana tatkala itu Aiyshah telah menghantar mesej bahawa beliau telah pun menunggu bas. Hmm. Sedihnya kerana aku tidak sempat berdhuha. Mungkin kerana itulah aku "sudah jatuh ditimpa piano" pada hari tersebut. 

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, aku berada di tempat menunggu bas, kemudian bas yang kami naiki telah penuh. Jadi kami terpaksa menunggu bas yang seterusnya, iaitu pada jam 9. Kemudian, aku membeli air kotak Dutch Lady dan biskut Tiger untuk mengalas perut. Semasa ingin memberikan wang kepada jurujual itu. Tanganku tersentuh tangan beliau. Huh! Pagi-pagi dah batal wudukku =.=*

Kemudian kami menaiki bas dan bas bergerak seperti biasa menuju ke KL. Kami kemudiannya menaiki LRT untuk ke PWTC. Alhamdulilah, perjalanan berjalan dengan lancar :)

Setibanya di PWTC, suasana begitu sesak dengan manusia-manusia yang ingin menambah koleksi perpustakaan mereka. MasyaAllah. Sungguh sungguh sungguh dan sangat sangat sangat ramai!! Sehinggakan langsung tiada ruang antara seorang individu dengan individu yang lain. Kami terperangkap dengan kesesakan lalu lintas di Dewan apa ntah dalam jangka yang lama untuk keluar dari dewan tersebut. Ada wanita di belakang aku, mengadu pada suaminya sambil marah-marah dengan suasana itu. Dan lelaki itu juga turut menyuarakan kemarahannya dengan mengatakan pengurusan yang tidak sistematik. Hmm. 

Setelah beberapa lama, ada pula seorang gadis yang berada di belakangku. Beliau mengasak kasar tubuhku sambil membebel kepada orang-orang yang berada di hadapannya, " takkan nak duduk sini sampai ke petang kot". Rakanku, Eyda memberikan jelingan tajam kepadanya kerana tidak tahu bersabar sedangkan orang lain juga berusaha untuk keluar dari situ. Gadis itu kemudiannya berjaya mengasak, tapi cubaannya masih tidak berjaya untuk keluar kerana terdapat ramai pengunjung yang datang dari arah yang bertentangan. Saat beliau mengasak, mukaku terhantuk ke kepala seorang budak lelaki. Aduss! Sabar jelah =.=* Semua orang nak marah dan saling berasak-asak. Hmm. Atas dunia pun dah gini, dekat Padang Masyar nanti gane la. :'(

Kami berjaya keluar dari dewan itu. Beberapa peristiwa yang berlaku telah menyebabkan mood kami berubah. Jadi memandangkan cacing dalam perut sedang menari-nari, kami bergerak ke The Mall untuk memberi nafkah kepadanya. Hehehe. Setibanya di sana, ramai gilerrrrr orang yang sedang beratur di McD, Kfc, Pizza Hut dan tiada tempat kosong langsung di Chicken Rice Shop. Kami kemudiannya bergerak mencari Food Court, tapi tak jumpa. Memandangkan terlalu lapar dan dahaga, kami membeli minuman di kedai runcit dan kami bertanya kepada seorang pekerja di situ. Alhamdulilah, dah jumpa :)

Setibanya di Food Court, banyak kedai yang ditutup pada hari tersebut. =.=* Kami pun ke kedai yang berdekatan, menunggu giliran untuk masuk ke meja yang kosong. Alhamdulilah, berjaya :) Namun hampir setengah jam kami menunggu untuk mengambil order dan menunggu dan menunggu dan menunggu makanan sampai. Sampaikan tiga golongan pelanggan yang duduk di meja kami pun tak sesabar kami. Baguskan kami. *angkat bakul sampah :) Golongan yang pertama, kakak dan adik tunggu kejap pastu blah. Golongan kedua, dua orang pemuda dan mereka bertanya kepada kami tentang order, kami memberitahu bahawa kami pun telah menunggu dalam jangka yang lama. Tak lama kemudian, beliau bangun ke arah kami dan tersenyum sambil berkata "Selamat menjamu selera". Golongan yang terakhir, tiga orang pemuda juga. Aku dengar mereka berkata bahawa mereka mahu ke kfc kerana tidak dilayan setelah menunggu beberapa lama. Tabahkan kami :) 

Selesai makan, kami menuju ke surau untuk solat. Surau pun penuh. Hinggakan orang yang beratur ambil wuduk pun sangat panjang sehingga ke rapat ke dinding hujung. Akhirnya, aku dan Eyda ambil keputusan untuk mengambil wuduk di tandas. Selesai berwuduk, aku mencadangkan untuk solat di ruang-ruang bangunan yang kosong sahaja. Kami bergerak ke ruang kosong yang banyak kedai ditutup, ada pintu kecemasan. Jadi kami merasakan itu adalah port yang paling sesuai. Nama pun pintu kecemasan, mestilah digunakan saat-saat cemas saje kan? kan? :D *muka betul-betul kompidem masa tuh. Aku beralaskan beg sebagai tempat sujud. Lantas aku terus mengangkat takbir dan solat seperti biasa. Tidak lama kemudian, keluarlah seorang daripada pintu tersebut, kemudian diikuti rakannya seorang..seorang..seorang......segerombolan!!!! Huh! =.=* (nampak sangat dah tak khusyuk. Tapi aku tetap menghabiskan rakaat2 yang terakhir). Alhamdulilah. Selesai jua akhirnya. :)

Usai solat, kami kembali ke PWTC. Kemudian terpaksa ke LRT kerana rakan-rakan yang lain telah bergerak ke Pudu. Setibanya di LRT, barisan yang beratur untuk mendapatkan koin sangat3 panjang dan ramai. Akhirnya aku dan Eyda membuat keputusan untuk pulang dengan menggunakan khidmat KTM. Setibanya di sana, barisan juga sangat sangat sangat panjang. Berpeluh-peluh. Penat. Leguh. Kami terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk. Lama menunggu sehingga berasa mengantuk dan letih. Lebih kurang sejam, datanglah tren. Alhamdulilah. :) Walau bagaimanapun, sepanjang perjalanan dari Putra ke Rawang juga menguji kekuatan otot kaki kami. Huhuhu. Setibanya di Rawang, kami diarahkan untuk keluar kerana beliau mengatakan Rawang adalah merupakan hentian terakhir. Kami pun meredah kelebatan hujan yang membasahi bumi. Setelah mendapatkan tempat duduk di tren yang kami telah diarahkan berpindah. Selepas lima minit kemudian, kami diarahkan ke tren yang mula-mula kami naiki tadi. Benar-benar menduga iman =.=*

Perjalanan seperti biasa dari Rawang ke Tanjong Malim. Dan selamat tiba, hampir pukul 7 malam. Alhamdulilah :)

Kami SANGAT penat! Otot kami mahu berehat =.=

Namun, rasa terhibur melihat aroma bau buku baharu. 

1) Velvet di Durham
2) Panggil Aku Dahlia
3) Kemilau Mutiara Raudhah
4) Surat Ungu Untuk Nuha *Dah baca, tapi saje gedik nak cukupkan lebih RM50
5) 4 komik Zint
6) Buku Fatwa Adab *Biar beradab sket diriku =.=*

SEKIAN. Akhir kata, ALHAMDULILAH. 

"Kami mohon kepada-Mu perasaan rela menerima ketentuan takdir-Mu"


::Assalamualaikum::


143 Lillahitaala


Semalam, aku telah seharian berdating dengan Eyda. Setelah seharian bersamanya, aku dapat merasakan ada sesuatu yang unik, yang indah dalam dirinya. :) Apa-apa pun, doakan kami agar dapat menjadi bidadari dunia dan akhirat serta beroleh hidayah. Doakan kami supaya sentiasa dirahmati dengan kebaikan iman dan dihiasi dengannya. Aameen. Saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah Taala :)

Assalamualaikum.